Bahan khayal: KKM tunggu laporan sampel makanan

Boon Chye (tengah) menunjukkan Buku Risalah Jom Hapuskan Aedes yang dilancarkan di Klinik Kesihatan Greentown, hari ini.
Boon Chye (tengah) menunjukkan Buku Risalah Jom Hapuskan Aedes yang dilancarkan di Klinik Kesihatan Greentown, hari ini.
A
A
A

IPOH - Kementerian Kesihatan masih menunggu hasil laporan sembilan sampel makanan dipercayai menggunakan bahan khayal yang diambil dari sebuah restoran di Teluk Intan, baru-baru ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, ia bagi memastikan kesahihan penggunaan bahan yang mengakibatkan pelanggannya mengalami simptom lemah, mengantuk dan khayal.

“Mengikut laporan dipercayai ada penggunaan bahan larangan. Tindakan awal diambil terhadap pengusaha dan restoran terbabit mengikut Akta Makanan 1983. Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Boon Chye (tengah) menyempurnakan Majlis Pelancaran Belon Gergasi dan Buku Risalah Jom Hapuskan Aedes di Klinik Kesihatan Greentown, hari ini.
Boon Chye (tengah) menyempurnakan Majlis Pelancaran Belon Gergasi dan Buku Risalah Jom Hapuskan Aedes di Klinik Kesihatan Greentown, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Belon Gergasi dan Buku Risalah Jom Hapuskan Aedes di Klinik Kesihatan Greentown di sini, hari ini.

Menurutnya, semua pengusaha restoran diingatkan untuk mematuhi garis panduan yang ditetapkan berkaitan pengendalian makanan.

“Pengusaha restoran perlu menerima vaksin secara berkala selain perlu mengikuti kursus pengendalian makanan.

“Kementerian memang ada pengawasan secara berkala di semua restoran untuk memastikan bukan sahaja setakat bahan yang tidak dibenarkan, malah bagi memastikan keadaan restoran itu bersih,” katanya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:

Restoran letak bahan terlarang dalam masakan?

Bahan khayal: Polis sedia buat pemeriksaan restoran