Kerajaan umum bantuan lebih komprehensif esok atau lusa: Muhyiddin

Muhyiddin (dua, kanan) beramah mesra bersama petugas kesihatan ketika meninjau proses vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sunway Pyramid Convention Center (SPCC), pada Ahad. Turut sama Ketua PPV SPCC Angela Lee (kanan).- Foto Bernama
Muhyiddin (dua, kanan) beramah mesra bersama petugas kesihatan ketika meninjau proses vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sunway Pyramid Convention Center (SPCC), pada Ahad. Turut sama Ketua PPV SPCC Angela Lee (kanan).- Foto Bernama
A
A
A

PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Kerajaan akan mengumumkan bantuan yang lebih komprehensif di bawah Fasa (Pertama) Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara yang merangkumi semua kumpulan masyarakat, sama ada esok atau pada Selasa.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan mengumumkan perincian bantuan tersebut merangkumi sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan dengan pelaksanaan PKP 3.0 bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Muhyiddin berkata kerajaan sentiasa berusaha memastikan kira-kira 12 juta individu atau isi rumah di negara ini yang terjejas dengan penularan wabak Covid-19 menerima bantuan dan sokongan sewajarnya dalam mendepani saat-saat yang sukar ketika ini.

"Kita faham bila di fasa begini (fasa pertama Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan) dan seterusnya sampai ke akhir tahun, semua tunggu apakah kerajaan akan tolong kumpulan yang terkesan? Kumpulan B40 dan M40 dah tentu (dibantu) termasuk dalam pemberian moratorium, kumpulan T20 juga ada (yang layak),” kepada pemberita selepas meninjau pusat pemberian vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di sini pada Ahad.

Perdana Menteri berkata, bantuan yang akan diumumkan kali ini akan mengambil kira keperluan semua kumpulan yang terjejas wabak Covid-19, secara lebih komprehensif jika dibandingkan sebelum ini.

“Perinciannya akan saya maklumkan esok (Isnin) atau lusa supaya semua tahu di mana kita berada, tapi apa yang penting kita beri sokongan kepada semua kumpulan masyarakat," katanya sambil membayangkan kemungkinan akan terdapat peningkatan dalam bantuan yang akan diberikan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: