Sistem PADU bantu sasar subsidi, bantuan lebih berkesan - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media selepas mempengerusikan Pasca Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bil 1/2023 di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media selepas mempengerusikan Pasca Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bil 1/2023 di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kerajaan akan membangunkan segera sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang menggabungkan maklumat sosio ekonomi bagi setiap isi rumah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PADU yang akan diselenggara oleh Jabatan Perangkaan (DOSM) adalah bagi membantu kerajaan menyasarkan subsidi dan bantuan dengan lebih berkesan.

"Kita tahu ada jabatan lain yang menyelenggara data secara berasingan tetapi kerajaan memberi mandat penuh kepada PADU untuk ambil alih sebagai agensi pusat bagi merumuskan data-data ini," kata beliau menerusi sidang akhbar selepas mempengerusikan Majis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di bangunan Perdana Putra, di sini pada Isnin.

Menurutnya, PADU akan menyediakan semua maklumat yang diperlukan kerajaan.

"Sistem data ini harus menyeluruh dan lebih penting tatkala kita memperuntukkan puluhan bilion ringgit kepada orang miskin. Apakah sampai atau tidak? soalnya.

Beliau berkata, kerajaan maklum dengan isu- isu yang terkait dengan data antaranya masalah kebocoran maklumat peribadi, keselamatan siber dan percanggahan dengan Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia).

"Sepertimana dirumuskan ahli MTEN, ia tidak harus dijadikan kekangan kerana data ini akan membantu," katanya.