PMJB komited banteras rasuah

Warga PMJB bergambar bersama selepas majlis melafaz IBR.
Warga PMJB bergambar bersama selepas majlis melafaz IBR.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 57 kakitangan Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB) terlibat dalam Majlis Melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di hadapan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, Datuk Azmi Alias.

Pengarah PMJB, Azirin Abdul Aziz berkata, keterbukaan dan sifat bertanggungjawab yang dipamerkan kepimpinan pada majlis ini membuktikan usaha membanteras dan memerangi rasuah bukanlah tanggungjawab eksklusif SPRM semata-mata, tetapi sebaliknya ianya merupakan amanah dan tugas yang perlu dikongsi warga PMJB.

Menurutnya, ini bagi memastikan negara ini bebas daripada sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa.

"PMJB sentiasa menitikberatkan mengenai urus-tadbir yang berintegriti dan beretika sama ada dari peringkat pentadbiran, pensyarah, sehingga kepada pelajar.

Azirin (kanan) menyerahkan borang IBR kepada Azmi (kiri).
Azirin (kanan) menyerahkan borang IBR kepada Azmi (kiri).

"Ke arah menguatkan lagi komitmen urus-tadbir yang berintegriti dan beretika, kakitangan PMJB telah melafazkan IBR ini," katanya

Dalam majlis yang sama, Azmi memberitahu, setiap perlakuan sama ada memberi rasuah atau menerima rasuah bukan sahaja akan memberi kesan yang mendalam terhadap individu yang terlibat, malah kepada ahli keluarga dan kawan-kawan di sekelilingnya.

"Beliau turut menasihatkan kepada semua staf PMJB yang hadir agar tidak terjebak dalam kancah rasuah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!