Henti sebar khabar angin LTSAAS dijual

Hantaran Kamaruzaman di Facebook
Hantaran Kamaruzaman di Facebook
A
A
A

SHAH ALAM - Penyebaran khabar angin mengenai penjualan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) perlu dihentikan segera.

Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad berkata, Menteri Kewangan dan Menteri Pengangkutan menerusi kenyataan media telah menjelaskan bahawa LTSAAS kekal sebagai operator di bawah Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB).

"Aset tersebut kekal sehingga tahun 2067 dan MAHB akan bertanggungjawab untuk membangunkan aset sekitar LTSAAS.

"Pas merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Pengangkutan atas keprihatinan serta bertanggungjawab menjaga aset-aset sekitar LTSAAS." katanya menerusi Facebook beliau pada Sabtu.

Pada 25 Jun, media melaporkan Kesatuan Pekerja-pekerja Malaysia Airports Berhad Semenanjung (Kesma) menentang penswastaan LTSAAS daripada rangkaian MAHB.

Kesma menentang hasrat penswastaan dan mengeluarkan (carve-out) lapangan yang beroperasi pada tahun 1965 itu sebagai satu tindakan tepat dalam mempertahankan aset negara itu daripada 'dijual'.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan swasta, keluarkan LTSAAS dari Malaysia Airports

Jangan swasta, keluarkan LTSAAS dari Malaysia Airports

Artikel Berkaitan:

Jangan benarkan pihak lain ambil alih LTSAAS: Pengerusi MAHB