X

Kindly register in order to view this article
!

Dua lelaki ditahan bersama 1,020 kg minyak masak

Serbuan kedua di Kampung Lanchang, Rantau Panjang, PGA Batalion 7 Kuantan berjaya merampas 697 peket minyak masak.
A
A

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan menahan dua lelaki dan merampas 1,020 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi yang cuba diseludup ke negara jiran dalam serbuan berasingan di sini pada Jumaat.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, dalam serbuan pertama di pangkalan haram Jitong pihaknya berjaya menahan seorang lelaki berusia 34 tahun yang menaiki kereta jenis Perodua Kelisa pada jam 7 malam.

"Serbuan bersama anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya merampas 323 peket minyak masak bersubsidi yang cuba diseludup ke negara jiran," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, kesemua barangan bersubsidi yang dirampas itu dan suspek dibawa ke balai polis berhampiran untuk siasatan lanjut dan kes disiasat bawah Seksyen 15 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Serbuan pertama di pangkalan haram Jitong, Rantau Panjang, 323 peket minyak masak bersubsidi berjaya dirampas.
Serbuan pertama di pangkalan haram Jitong, Rantau Panjang, 323 peket minyak masak bersubsidi berjaya dirampas.

Mengulas lanjut, Azhari berkata, dalam serbuan kedua di Kampung Lanchang, pihaknya berjaya merampas 697 peket minyak masak selepas menahan seorang lelaki berusia 34 tahun.

Katanya, dalam serbuan jam 11.30 malam itu PGA turut merampas sebuah kereta Proton Wira yang digunakan untuk aktiviti penyeludupan.

"Bertindak atas maklumat penyeludupan minyak masak, sepasukan anggota telah mengesan sebuah kereta Proton Wira yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

"Anggota PGA telah bertindak menahan kenderaan dan kemudian membuat pemeriksaan. Hasilnya PGA telah menjumpai 41 kotak berwarna coklat di dalamnya mengandungi minyak masak peket," katanya.

Beliau berkata, rampasan di kedua-dua pangkalan haram itu membabitkan nilai keseluruhan berjumlah RM4,080 dan menyifatkan kejayaan itu hasil rondaan rutin menerusi penugasan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

Katanya, kawalan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bermula dari Rantau Panjang ke Pengkalan Kubor (Tumpat) akan terus diperketatkan dalam usaha mencegah aktiviti penyeludupan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!