X

Kindly register in order to view this article
!

'Alhamdulillah, PSM sudah berusia 61 tahun'

IMBAS KEMBALI...Yusoff (barisan belakang, tiga dari kiri) bersama dua skuad sepak takraw negara yang dibawa ke China dan Korea Utara bagi tujuan promosi sukan tersebut pada 1980. Rombangan ketika itu diketuai Menteri Belia Dan Sukan, Tan Sri (Allahyarham) Abdul Samad Idris pada ketika itu.
A
A

“ALHAMDULILLAH, saya panjatkan kesyukuran kepada ALLAH SWT kerana Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) masih bertahan sehingga berusia 61 tahun, hari ini."

Itu suara hati pengasas PSM yang sebelum ini dikenali Persekutuan Sepak Raga Persekutuan Tanah Melayu (PSRPTM), Tan Sri Yusoff Latiff mengharapkan kemelut yang melingkari badan sukan tertua negara tersebut segera berakhir.

Yusoff
Yusoff

"Saya berharap 12 bekas ahli gabungan yang bertindak keluar dari PSM sebelum dapat kembali semula menyertai badan induk ini demi kesinambungan sukan warisan ini pada masa depan.

"Kita ada tanggungjawab meneruskan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita oleh pemimpin terdahulu.

"Jangan sampai mematikan sebuah persatuan yang banyak berjasa kepada sukan Malaysia, Asia dan dunia selama ini," katanya.

Untuk rekod PSRPTM ditubuhkan di Balai Rakyat Jalan Patani, Pulau Pinang pada 25 Jun 1960.

Jelas Yusoff, menjadi tanggungjawab dalam kalangan komuniti sepak takraw untuk kembali bersama PSM dengan semangat baharu dalam mengangkat semula imej dan maruah sepak takraw negara.

"Sebagai orang lama selagi dipanjangkan umur, saya ingin melihat sepak takraw dimainkan di Sukan Olimpik.

"Pada masa sama diharapkan ASTAF dapat anjurkan semula Kejohanan Sepak Takraw Asia yang kali terakhir diadakan di Jakarta pada 1984,” ujar Yusoff.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!