Polis siasat pegawai khas ahli politik rakam gambar beramai-ramai

Seorang pegawai khas kepada seorang ahli politik memuat naik status dan gambar yang melanggar SOP Sekatan Pergerakan Penuh pada Rabu lalu.
Seorang pegawai khas kepada seorang ahli politik memuat naik status dan gambar yang melanggar SOP Sekatan Pergerakan Penuh pada Rabu lalu.
A
A
A

SABAK BERNAM - Polis sudah memulakan siasatan terhadap pegawai khas kepada seorang ahli politik berhubung status dan gambar dimuat naik di Facebook yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Sekatan Pergerakan Penuh.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, polis akan mengambil keterangan pihak terbabit.

Menurutnya, status dan gambar itu mula tular di Facebook sejak Rabu lalu menunjukkan wanita terbabit bergambar dalam kumpulan ramai ketika menghadiri sesi perbincangan (brainstorming).

"Polis akan terus meningkatkan rondaan dan pemantauan di semua lokasi bagi memastikan SOP yang telah digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dilaksanakan.

"Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Sebelum ini tular beberapa keping gambar di laman sosial Facebook mengundang kemarahan orang awam berhubung tindakan wanita terbabit yang memuat naik status dan gambar yang melanggar SOP Sekatan Pergerakan Penuh.

Difahamkan terdapat satu laporan polis dibuat oleh orang awam berhubung tindakan berkenaan.

Artikel Berkaitan: