X

Kindly register in order to view this article
!

Silvestre dedah masalah utama Pogba

Pogba masih belum menunjukkan kemampuan sebenarnya mengemudi jentera tengah pasukan dengan lebih konsisten di atas padang.
A
A

BEKAS pemain Perancis, Mikael Silvestre menyifatkan Paul Pogba gagal mempamerkan persembahan konsisten sehingga menyaksikan prestasinya turun naik bersama pasukan kebangsaan dan kelab.

Menurutnya, Pogba sememangnya merupakan pemain terbaik dunia namun belum mampu menunjukkan kemampuan sebenarnya mengemudi jentera tengah pasukan dengan lebih konsisten di atas padang.

"Masalah utama Pogba adala dia kekurangan konsistensi. Apabila dia bermain dengan baik, dia menjadi pemain yang sangat berbeza dan mampu menentukan hala tuju permainan.

"Namun, dia gagal untuk mengulanginya dalam perlawanan seterusnya. Saya melihat perkara ini dari sudut pandang bahawa dia merupakan seorang pemain berkelas dunia. Namun, persoalannya adakah dia mampu mengulangi persembahan baiknya selepas tiga hari.

"Saya tidak pasti dia mampu melakukannya. Dia tidak melakukannya bersama Manchester United dan juga sudah tentu tidak dapat melakukannya juga bersama Perancis," katanya yang turut pernah menyarung jersi United pada 1999 sehingga 2008.

Pogba ketika ini menjadi tunjang utama buat Perancis pada Euro 2020 dengan Les Bleus kini sudah mara ke pusingan 16 pasukan terakhir selepas mengakhiri saingan peringkat kumpulan di atas Jerman, Portugal dan Hungary dalam Kumpulan F.

Walaupun berjaya berada di kedudukan teratas peringkat kumpulan, namun Perancis tidak mempamerkan persembahan terbaik dengan Pogba juga hanya menyerlah ketika pasukan itu seri 2-2 dengan Jerman.

"Saya sentiasa gembira untuk melihat aksi Pogba di atas padang sama ada untuk pasukan kelab atau Perancis kerana dia sangat cergas dan tidak banyak cedera. Namun, perkara yang kurang seronok adalah dia tidak konsisten.

"Saya tidak tahu sama ada dia mempunyai masalah psikologi atau masalah lain. Saya seorang peminat United dan Perancis mengharapkan siapa sahaja yang bermain untuk negara dapat memberikan yang terbaik," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!