X

Kindly register in order to view this article
!

Surat 'cinta' budak lapan tahun untuk Tun M

Safiya Zahra mengirimkan surat kepada Dr Mahathir berhasrat untuk bertemunya di ladang kerbau di Langkawi. - Foto Twitter Mohammad Ahmad
A
A

SHAH ALAM - Surat 'cinta' kanak-kanak berusia lapan tahun kepada Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat perhatian bekas Perdana Menteri itu.

Kanak-kanak bernama Safiya Zahra Mohammad Ahmad menulis surat meluahkan hasratnya bertemu Dr Mahathir di ladang kerbau milik Ahli Parlimen Langkawi itu.

Surat menggunakan tulisan tangan pada buku tulis itu dimuat naik oleh bapanya, Mohammad Ahmad di Twitter pada Rabu berjaya menarik perhatian Dr Mahathir hingga tular di laman sosial.

Dalam surat itu, Safiya Zahra menyatakan dia dan keluarga tinggal di Padang Gaong, Ulu Melaka, Langkawi.

Safiya Zahra dikatakan pernah pergi ke ladang itu malah menggemari susu kerbau serta memuji keindahan ladang ternakan haiwan yang bertempat di pusat peranginan terbabit.

Anak kecil itu juga memberitahu, akan kembali ke ladang ternakan terbabit dan berhasrat untuk bertemu Dr Mahathir sekiranya ada kelapangan.

Bagaimanapun dalam maklum balas ciapan, Dr Mahathir yang menggelarkan dirinya sebagai atok memohon maaf kepada Safiya Zahra kerana tidak dapat memenuhi permintaan 'cucunya' berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dr Mahathir membalas surat Safiya Zahra yang dimuat naik di Twitter rasminya @chedetofficial. - Foto Twitter Dr Mahathir
Dr Mahathir membalas surat Safiya Zahra yang dimuat naik di Twitter rasminya @chedetofficial. - Foto Twitter Dr Mahathir

Namun mendoakan agar kanak-kanak itu berada dalam keadaan baik dan terus bergembira menikmati lawatan ke ladang kerbau berkenaan.

Difahamkan, Safiya Zahra menjadikan Perdana Menteri ketujuh itu sebagai idolanya selain turut gemar membaca dan menulis.

Sementara itu, rata-rata warganet di ruang komen dilihat 'cair' melihat tutur kata Dr Mahathir yang mesra ketika melayan kehendak 'cucunya'.

@ji_eunishappy menciap, "This so sweet Tun".

Ciap SheilaZulfigar pula, dia berasa bangga dan menjadikan Dr Mahathir sebagai sumber inspirasi malah mendoakan agar lebih ramai pemimpin seperti beliau.

Pada Rabu, Dr Mahathir difahamkan berada di Langkawi dalam melaksanakan tugasnya sebagai wakil rakyat dan berkunjung ke beberapa buah kampung untuk menyampaikan bantuan kepada mereka yang terkesan akibat PKP.

Beliau juga turun padang melihat perkembangan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan As-Syifa, Padang Mat Sirat dan Kompleks Sukan LADA, Kuah.

Waalaikumussalam Safiya Zahra.

Dear Safiya. I am sorry. I cannot meet you at the buffalo farm. This is because of lockdown. Please enjoy visiting the buffalo farm and enjoy the meat.

Wisihing you all the very best.

Stay healthy.

Sincerely,

Your great grandad https://t.co/nxy8eNQ0eh pic.twitter.com/ze4guHMMcp

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) June 24, 2021


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!