Bomba tayang 'Didi & Friends' keluarkan kaki budak masuk lubang tandas

Anggota bomba berusaha mengeluarkan kaki kanak-kanak yang tersangkut dalam lubang tandas di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang pada malam Rabu.
Anggota bomba berusaha mengeluarkan kaki kanak-kanak yang tersangkut dalam lubang tandas di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang pada malam Rabu.
A
A
A

PASIR GUDANG - Anggota bomba menayangkan animasi 'Didi & Friends' menerusi telefon bimbit ketika mengeluarkan kaki seorang kanak-kanak lelaki yang tersangkut dalam lubang tandas di Taman Bukit Dahlia di sini pada malam Rabu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan II Iszahwati Supardi berkata, usaha tersebut membuahkan hasil apabila kanak-kanak berusia tiga tahun itu dilihat leka ketika kerja-kerja mengeluarkan kakinya yang tersepit sedang dilakukan.

Menurut beliau, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 8.51 malam sebelum lapan anggota, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Setibanya di lokasi didapati kaki seorang kanak-kanak lelaki termasuk dalam lubang tandas tingkat dua sebuah premis rumah kedai.