Dr Dzulkefly persoal kepentingan beli 500 ambulans tekanan negatif
SHAH ALAM - Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mempersoalkan langkah pembelian 500 buah ambulans tekanan negatif yang menelan belanja RM300 juta dalam perlaksanaan darurat.
Beliau berkata, kepentingan pembelian ambulans tekanan negatif itu juga dipersoalkan sedangkan semua kakitangan dan petugas kesihatan memakai pakaian perlindungan diri (PPE) penuh.
Menurutnya, ketika ini perkara yang menjadi keutamaan adalah memikirkan cara bagaimana menurunkan angka kematian akibat Covid-19, bukannya pembelian jentera berkenaan.
“Salam PM (Perdana Menteri). Penting sangat ke nak beli 500 buah ambulans tekanan negatif dalam darurat ni? Bukan sikit bajetnya, RM300 juta. Kakitangan semua dalam PPE penuh... Apa faedahnya?,” ciapnya di Twitter pada Isnin.
Pada Sabtu, media melaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) akan memulakan perolehan lebih banyak unit kenderaan ambulans tekanan negatif bagi mengangkut pesakit Covid-19 ke pusat rawatan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dilaporkan berkata, ambulans tekanan negatif itu merupakan keperluan penting terutama di lokasi yang mempunyai kes jangkitan tinggi.
Unit ambulans berkenaan dilengkapi sistem tekanan negatif, penapisan HEPA dan lampu UV khusus untuk kes penyakit berjangkit terutama jenis penyakit bawaan.
Salam PM @MuhyiddinYassin
Penting sangat ke nak beli 500 buah Ambulan Tekanan Negatif dlm Daurat ini?
Bukan sikit bajetnya, ~ RM300juta!
K/Tangan semua dlm PPE penuh..Apa faedahnya?
Fikir2kan Cara nak turunkan Angka Kematian, BID & Percepat FTTIS&V?
https://t.co/u06QJTj3lk— Dzulkefly Ahmad (@DrDzul) June 21, 2021
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
Trafik sesak di Lebuhraya PLUS Port Dickson menghala Seremban akibat pokok tumbang
Kerajaan beri tumpuan penuh baiki tata kelola - PM Anwar
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Calon PN sah miliki Sarjana Eksekutif dari UMPSA
Akmal Saleh berang tindakan cantum logo UMNO, DAP
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan