KPLB sedang berbincang jadikan PKD sebagai PPV

Abdul Latiff
Abdul Latiff
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melakukan perbincangan untuk menjadikan Pusat Komuniti Desa (PKD) sebagai sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi mempercepatkan program vaksinasi negara.

Menterinya, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, perkara itu sedang diperbincangkan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF).

“KPLB akan menggerakkan sumber tenaga dan aset bagi membantu negara mencapai imuniti kelompok menjelang tahun 2022,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kenyataan akhbar oleh Abdul Latiff pada Isnin.
Kenyataan akhbar oleh Abdul Latiff pada Isnin.

Sementara itu, Abdul Latiff berkata, daripada 191 PKD yang dijadikan sebagai Pusat Daftar Vaksin Luar Bandar, seramai 6,558 orang di seluruh negara telah berjaya didaftarkan sejak 20 Mei lalu.

“Secara purata, setiap hari PKD berfungsi untuk melayani seramai 369 orang sejak ia diaktifkan. KPLB akan mempertingkatkan lagi sasaran untuk mendaftarkan 30 peratus daripada 7.73 juta masyarakat luar bandar iaitu kira-kira 2.3 juta.

“Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, PKD akan beroperasi melalui janji temu bersemuka, telefon dan aplikasi WhatsApp.

“Kita cuba mengurangkan interaksi bagi memutuskan rantaian Covid-19 dengan menyediakan inisiatif pendaftaran vaksin secara pandu lalu di beberapa PKD,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: