X

Kindly register in order to view this article
!

Raja pecut India 'The Flying Sikh' meninggal dunia akibat Covid-19

Milkha Singh ketika menghadiri Anugerah Filem India Antarabangsa di Florida, Amerika Syarikat pada 2014. - Foto Reuters/Steve Nesius
A
A

RAJA pecut India, Milkha Singh dilaporkan telah meninggal dunia akibat komplikasi berkaitan virus Covid-19 pada Jumaat.

Milkha, atau lebih dikenali sebagai "The Flying Sikh" meninggal dunia pada usia 91 tahun, beberapa hari selepas isterinya, Nirmal Kaur, meninggal dunia akibat virus berkenaan.

Nirmal, yang merupakan bekas kapten pasukan bola tampar kebangsaan, berusia 85 tahun.

Menurut laporan The Associated Press, Milkha didapati positif pada 20 Mei lepas.

Beliau merupakan satu seorang olahragawan paling terkenal di India dan mewakili negara dalam sukan Olimpik pada tahun 1956, 1960 dan 1964.

Pada tahun 1958, beliau menjadi olahragawan pertama India untuk memenangi pingat emas dalam acara 400 meter di Sukan Komanwel dan Empayar British. - Awani


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!