X

Kindly register in order to view this article
!

Insiden runtuhan perancah besi: Seorang pekerja disahkan maut

Dua pekerja cedera dalam kejadian perancah besi di sebuah lebuh raya yang sedang dalam proses pembinaan di Sungai Buloh-Kota Damansara dilaporkan runtuh pada Sabtu.
A
A

PETALING JAYA - Seorang pekerja warga asing yang terlibat dalam insiden runtuhan perancah besi sebuah lebuh raya yang sedang dalam proses pembinaan di Sungai Buloh-Kota Damansara disahkan meninggal dunia petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4 petang.

"Difahamkan mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

"Mangsa meninggal dunia disebabkan trauma pelbagai dan disfungsi pelbagai organ akibat serangan jantung," katanya padasidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada Ahad.

Pada Sabtu, dua pekerja cedera dalam kejadian perancah besi di sebuah lebuh raya yang sedang dalam proses pembinaan di Sungai Buloh-Kota Damansara dilaporkan runtuh.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kejadian runtuhan itu dilaporkan pada jam 7.14 petang sebelum pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh tiba di lokasi jam 7.27 petang.

Menurutnya, dua warga Bangladesh yang sedang bekerja di bawah tapak pembinaan setinggi 12 meter itu mengalami cedera ringan akibat terkena serpihan runtuhan tersebut.

Kesemua mangsa berusia dalam lingkungan antara 20 hingga 40-an itu telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh dengan ambulans.

ARTIKEL BERKAITAN: Perancah besi lebuh raya runtuh, dua cedera


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!