X

Kindly register in order to view this article
!

Maqis serah 1.5 tan ayam sejuk beku kepada Zoo Negara

Roslan (dua dari kiri) menyerahkan ayam sejuk beku yang telah dilucut hak oleh Maqis Kelantan kepada wakil Zoo Negara pada Ahad.
A
A

RANTAU PANJANG - Sebanyak 1.5 tan keratan ayam sejuk beku yang telah dilucut hak oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan diserahkan kepada Zoo Negara di sini, pada Ahad.

Ayam sejuk beku yang disita bernilai RM15,000 itu dijadikan bekalan makanan kepada haiwan yang berada di Zoo Negara.

Pengarah Maqis Kelantan, Roslan Che At berkata, selain Zoo Negara, pihaknya turut menyerahkan sebanyak 500 kilogram keratan ayam sejuk beku kepada Penjara Penor, Pahang untuk dijadikan makanan ternakan ikan keli di bawah program rehabilitasi banduan di Jabatan Penjara Malaysia.

"Kesemua keluaran pertanian telah melalui proses lucut hak mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]," katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Ahad.

Roslan berkata, pihaknya akan memperketatkan kawalan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di seluruh negeri ini bagi memantau setiap keluaran pertanian yang masuk ke Malaysia.

"Maqis Kelantan juga tidak akan berkompromi dalam melibatkan aspek halal kerana ia perkara paling dititik beratkan oleh umat Islam di negara ini," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!