KPM buka pengambilan khas 18,702 guru gred DG41

Radzi Jidin
Radzi Jidin
A
A
A

PUTRAJAYA – [DIKEMASKINI] Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bakal membuat pengambilan khas secara one-off melibatkan sejumlah 18,702 guru bagi gred DG41 yang turut dibuka kepada graduan bukan bidang pendidikan bagi mengatasi isu kekurangan guru di negara ini.

Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Jidin, berkata langkah itu bertujuan menampung kekurangan guru di Sabah, Sarawak, Selangor dan Johor selain usaha mencapai perancangan di bawah Pelan Pemulihan Negara.

Menurutnya, pengambilan tersebut antara lain akan memberi tumpuan mengisi kekosongan guru bagi mata pelajaran tertentu yang menyebabkan wujudnya jurang tenaga pengajar hingga menjadi cabaran utama sistem pendidikan negara masa kini.

“Kementerian Pendidikan akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk memastikan perancangan lebih teratur dengan pendekatan baharu oleh kementerian bersama SPP dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).