Warga emas hidap kanser mata meninggal dunia

Selepas setahun bertarung dengan penyakit kanser mata tahap empat, Nawi Sulaiman akhirnya menghembus nafas terakhir di sisi keluarganya di Kampung Gajah Mati
Selepas setahun bertarung dengan penyakit kanser mata tahap empat, Nawi Sulaiman akhirnya menghembus nafas terakhir di sisi keluarganya di Kampung Gajah Mati
A
A
A

KOTA BHARU – Selepas setahun bertarung, penghidap kanser mata tahap empat, Nawi Sulaiman menghembus nafas terakhir di sisi keluarganya di Kampung Gajah Mati, Mahligai, di sini pagi Sabtu.

Isteri Allahyarham Nawi, Zaharah Daud berkata, suaminya mengadu sesak nafas sebelum menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.30 pagi.

Katanya, jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gajah Mati selepas solat Asar.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan warga emas berusia 74 tahun yang juga seorang pemandu lori berdepan kesukaran apabila hampir buta sebelah mata disebabkan ketulan kanser di mata kanannya.

Sejak disahkan kanser berkenaan, Nawi tidak lagi mampu menyara keluarganya dan bergantung harap pada keluarga terdekat untuk membeli ubat dan peralatan mencuci luka di mukanya.

ARTIKEL BERKAITAN Penghidap kanser mata tahap empat hilang mata pencarian

Artikel Berkaitan: