X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

Langgar SOP PKP: DBKL keluar sembilan kompaun

Penguat kuasa DBKL menjalankan pemeriksaan ke atas salah sebuah premis di sekitar Pasar Borong KL pada malam Jumaat lalu.
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan sembilan notis kompaun ke atas empat pemilik premis dan dua individu menerusi tindakan khas yang dijalankan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur pada Jumaat.

Unit Media DBKL dalam satu kenyataan berkata, kompaun dikeluarkan atas kesalahan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan melanggar syarat lesen DBKL.

Menurutnya, sebanyak enam notis kompaun dikenakan kepada empat pemilik premis kerana melanggar SOP PKP dengan tidak mematuhi waktu operasi premis perniagaan yang ditetapkan.

"Selain itu, dua notis kompaun dikenakan terhadap individu yang tidak memakai pelitup muka dan tidak mendaftar semasa memasuki premis

"Satu kompaun turut dikeluarkan kepada pemilik premis kerana menggajikan pekerja warganegara Myanmar tanpa kebenaran sah di bawah UUK 20(1)(b), Undang-undang Kecil Pelesenan dan Tred 2016," kata kenyataan itu pada Sabtu.

Menurut kenyataan itu, tindakan penguatkuasaan yang dijalankan itu adalah operasi kali ketiga di kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur dalam tempoh PKP 3.0.

"DBKL mengingatkan kepada semua pemilik premis perniagaan dan individu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) agar sentiasa mematuhi SOP ditetapkan pihak berkuasa.

"Tindakan ini akan diteruskan dari masa ke semasa sehingga tamat tempoh PKP dikuatkuasakan," katanya.

Warga kota boleh menyalurkan aduan kepada pihak DBKL secara dalam talian http://ispaaadbkl.dbkl.gov.my/eApps/system/index.do


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!