X

Kindly register in order to view this article
!

Masyarakat orang asli DUN Jelai terima vaksin

Sebahagian masyarakat orang asli DUN Jelai yang teruja dan terbabit dalam program tersebut.
A
A

LIPIS - Program Outreach Vaksinasi Covid-19 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan masyarakat orang asli di DUN itu.

Penyelaras DUN Jelai, Fadzli Mohamad Kamal berkata, ramai di antara mereka teruja mendapatkan vaksin dalam tempoh program selama tiga hari bermula Rabu lalu.

Menurutnya, ia membuktikan orang asli di DUN itu menyedari kepentingan vaksinasi bagi membendung penularan pandemik tersebut.

"Mereka hadir beramai-ramai di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk menerima suntikan vaksin dos pertama yang disediakan melalui program ini.

Antara masyarakat orang asli di DUN Jelai yang terbabit dalam program vaksinasi tersebut.
Antara masyarakat orang asli di DUN Jelai yang terbabit dalam program vaksinasi tersebut.

"Tinjauan saya di Kampung Pantos mendapati penduduk di situ amat teruja untuk mendapatkan suntikan vaksin tersebut. Bagi yang belum disenaraikan untuk menerima suntikan pula asyik bertanya giliran mereka," katanya pada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau yang juga Pegawai Khas Menteri Besar memberitahu, DUN Jelai dipilih antara lokaliti terawal untuk program itu di Pahang dengan menyasarkan beberapa kampung pinggiran orang asli termasuk Kampung Dusun Pak Senam, Kampung Pantos, Kampung Sungai Padi, Kampung Kuala Koyan dan Kampung Batu Gajah.

Jelasnya, pada permulaan, sebanyak 730 dos vaksin disediakan melalui program outreach itu yang dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar Pahang, Pejabat Kesihatan Negeri Pahang, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) serta Pejabat Daerah dan Tanah Lipis.

"Sebenarnya jumlah yang ingin menyertai vaksinasi itu ramai berbanding jumlah dos yang diperoleh," ujarnya.

Bagaimanapun tambah beliau, program itu akan disambung semula selepas menerima bekalan vaksin tambahan daripada kerajaan Persekutuan.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!