Kelantan perlu sidang DUN bantu rakyat terjejas Covid-19

Kerajaan negeri digesa supaya segera mempersembahkan hasrat kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berhubung pembukaan sidang DUN. - Gambar hiasan
Kerajaan negeri digesa supaya segera mempersembahkan hasrat kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berhubung pembukaan sidang DUN. - Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan negeri digesa supaya segera mempersembahkan hasrat kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berhubung pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam usaha menyelesaikan masalah dihadapi rakyat susulan penularan Covid-19.

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan, Naziratul Aini Muhamad Sayuty berkata, langkah tersebut adalah penting bagi mendapatkan perkenan daripada baginda.

Menurutnya, rakyat Kelantan yang kebanyakannya peniaga kecil dan bekerja sendiri amat terjejas dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan Sekatan Pergerakan Penuh tanpa bantuan yang setimpal dan mencukupi daripada pihak kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) pula sewajarnya memperbanyakkan pengunaan kuasa budi bicara, bukannya menggunakan kuasa undang-undang untuk menekan rakyat yang mencari rezeki bagi sesuap nasi," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri Selangor dikatakan bercadang mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selaras titah Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan titah Raja-Raja Melayu terhadap persoalan semasa dalam negara.

Mengulas lanjut, Naziratul berkata, pihak juga merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan negeri Selangor kerana segera menyahut seruan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu bagi mengadakan sidang DUN.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi menangani Covid-19 dan menyelamatkan ekonomi negara.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, perkara itu perlu dilaksanakan untuk membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat.

Artikel Berkaitan: