X

Kindly register in order to view this article
!

Padah main badminton, 32 dikompaun di Skudai

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

JOHOR BAHRU - Gara-gara berkumpul dan bermain badminton di sebuah gelanggang badminton di Skudai, di sini pada Selasa, 32 individu dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, kesemua individu dikompaun terdiri daripada pemilik pusat sukan tersebut dan pemain badminton berusia 18 hingga 44 tahun.

Beliau berkata, serbuan di premis terletak di Batu 6, Jalan Skudai kira-kira 5.30 petang itu hasil daripada maklumat orang awam.

“Pemilik premis dikenakan kompaun RM2,000 manakala mereka yang bermain badminton masing-masing dikenakan RM1,500 seorang kerana bermain badminton semasa tempoh PKP dan tidak menjaga penjarakan fizikal.

"Kesalahan dilakukan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) (Kawalan Pergerakan)(No.4)(Pindaan)(No.16) 2021," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, kesemua individu terbabit dibebaskan tanpa syarat sebaik kompaun dikeluarkan dan mereka dikehendaki menjelaskan bayaran di Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!