X

Kindly register in order to view this article
!

PATI sewa kedai kedai runcit milik warga tempatan

Pemeriksaan mendapati kesemua premis mempunyai lesen perniagaan yang dimiliki dan didaftarkan atas nama warga tempatan namun disyaki disewakan kepada warga asing.
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) memberkas 33 pekerja dan penjaga kedai runcit warga asing dalam serbuan di sekitar Bukit Sentosa, Rawang dan Dengkil, Sepang baru-baru ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, operasi sepasukan Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Imigresen Putrajaya pada Isnin dan Selasa itu bertindak menyerbu 16 premis kedai runcit.

Menurutnya, hasil serbuan menahan 33 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dua wanita.

"Semakan mendapati PATI itu terdiri daripada 18 warga Bangladesh, Myanmar (7), Indonesia (5), Pakistan (2) dan seorang India.

Kesemua PATI disyaki melakukan kesalahan menyalahgunakan pas atau permit dan juga tidak memiliki pas yang sah untuk bekerja di premis tersebut.
Kesemua PATI disyaki melakukan kesalahan menyalahgunakan pas atau permit dan juga tidak memiliki pas yang sah untuk bekerja di premis tersebut.

"Kesemua PATI disyaki melakukan kesalahan menyalahgunakan pas atau permit dan juga tidak memiliki pas yang sah untuk bekerja di premis tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati kesemua premis mempunyai lesen perniagaan yang dimiliki dan didaftarkan atas nama warga tempatan namun disyaki disewakan kepada warga asing.

Katanya, semasa serbuan dijalankan terdapat warga asing yang cuba melarikan diri dan membuat provokasi. Namun, PATI ini berjaya ditahan dan situasi dapat dikawal.

"Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Imigresen Putrajaya menahan seramai 33 PATI dalam serbuan di 16 premis kedai runcit di sekitar Bukit Sentosa, Rawang dan Dengkil, Sepang baru-baru ini.
Imigresen Putrajaya menahan seramai 33 PATI dalam serbuan di 16 premis kedai runcit di sekitar Bukit Sentosa, Rawang dan Dengkil, Sepang baru-baru ini.

"Seramai enam orang warga tempatan turut dikenakan notis untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan," katanya.

Ujar beliau, orang ramai digesa supaya menyalurkan maklumat tentang aktiviti PATI atau pun mana-mana premis yang disyaki dijalankan oleh warga asing secara tidak teratur.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!