Kanak-kanak lelaki ditinggal sendirian di taman riadah

Kanak-kanak lelaki yang ditemui sendirian di kawasan riadah Jalan Tebing, Brickfields, Kuala Lumpur pada Khamis.
Kanak-kanak lelaki yang ditemui sendirian di kawasan riadah Jalan Tebing, Brickfields, Kuala Lumpur pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan empat ke lima tahun ditinggalkan sendirian di kawasan riadah Jalan Tebing, Brickfields di sini sebelum ditemui orang awam pada Khamis.

Balai Polis Brickfields menerusi kemas kini di Facebooknya pada Khamis berkata, kanak-kanak berambut panjang itu ditemui sekitar jam 8 pagi sebelum kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis bertugas yang membawanya pulang ke balai.

Menurut perkongsian tersebut, hebahan dilakukan bagi mengesan waris kanak-kanak tersebut.

"Kanak-kanak berkenaan berpakaian baju-T biru gelap serta kelabu dan berseluar pendek warna biru ketika ditemui.

"Mohon jasa baik kepada semua untuk sebarkan mesej ini bagi memudahkan pihak polis mengesan waris kanak-kanak tersebut atau menghubungi Balai Polis Brickfields di talian 03-79824999 atau 011-32565600," menurut kenyataan itu pada Khamis.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Bricfields, Asisten Komisioner Anuar Omar ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata, belum ada waris tampil menuntut kanak-kanak itu setakat jam 5.30 petang.

"Kanak-kanak itu telah diserahkan ke Unit Kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Setakat ini tiada sesiapa tuntut kanak-kanak tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan: