Pelan Pemulihan Negara tingkat ekosistem perdagangan domestik

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
A
A
A

PUTRAJAYA – Pelan Pemulihan Negara dapat meningkatkan kembali ekosistem perdagangan domestik di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) terutamanya kepada peniaga peruncitan, pemborong dan pengedaran.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pelaksanaan Strategi Pelan Pemulihan Negara yang merangkumi empat fasa ini sekali gus memberi peluang kepada aktiviti ekonomi untuk dibuka secara berperingkat dan berfokus.

Menurutnya, KPDNHEP juga telah merancang beberapa aktiviti ekonomi bermula dari jangka masa tersebut terutama Kempen Beli Barangan Malaysia, Program Jualan Malaysia dan Program Francais Domestik sama ada di peringkat kebangsaan mahupun negeri.

"Kementerian juga akan mengadakan perbincangan dengan semua pemegang taruh termasuk kerajaan dan sentiasa menyokong dan membantu pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara supaya negara dapat mencapai objektif yang telah dirancang secepat mungkin," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada masa sama, Nanta berkata, kementeriannya juga telah memulakan program vaksinasi pemain industri ekonomi dengan kerjasama Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF).

"Ini adalah penting sebagai persiapan pembukaan ekonomi yang akan dilaksanakan.

"Semua pemain industri ekonomi menyokong dan bersetuju mengikuti program vaksinasi sektor ekonomi yang sedang dalam peringkat pendaftaran penyertaan.

"Sasaran suntikan daripada 150,000 vaksin sehari kepada 300,000 sehari akan memberikan dampak yang lebih positif, mempercepatkan pencapaian imuniti kelompok dan membuka lebih banyak sektor ekonomi dalam keadaan selamat dan ini boleh dicapai dengan penyertaan swasta termasuk komuniti perniagaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, data tersebut akan diserahkan kepada CITF untuk merangka pelan pelaksanaan termasuk keperluan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan logistik.