Tiga individu diberkas kes samun pejabat di Klang

Gambar kecil: Shamsul Amar Ramli
Gambar kecil: Shamsul Amar Ramli
A
A
A

KLANG - Tiga individu diberkas dipercayai terlibat dalam kes samun sebuah pejabat, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, tiga suspek itu berumur antara 25 hingga 35 tahun.

"Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, ketika mangsa berumur 21 tahun itu berada di pejabat bersama majikannya untuk membincangkan beberapa hal dokumen yang masih belum diselesaikan, tiba-tiba datang lapan individu meluru masuk ke pejabat tersebut.

"Mangsa kemudiannya dipukul menggunakan senjata seperti batang besi, rantai besi dan kerusi," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Katanya, rantai emas dan kad ATM mangsa telah diambil. Suspek juga telah membuat transaksi pindahan wang dari akaun mangsa.

"Bertindak atas maklumat, tiga suspek berjaya diberkas kira-kira jam 10.50 malam di sekitar kawasan Klang.

"Mereka didapati mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Menurutnya, hasil siasatan awal, kesemua suspek mengaku terlibat dalam kejadian tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Polis turut merampas satu batang besi vakum, sebuah dekoder kamera litar tertutup (CCTV) dan sebuah telefon bimbit.

"Ketiga suspek direman lima hari untuk siasatan lanjut," katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

"Polis masih memburu beberapa rakan suspek yang dipercayai terlibat dalam kes ini.

"Antara yang masih diburu dikenali sebagai Siva, Guna, Boy, Anba dan Noku," katanya.