Pesakit Covid-19 berhalusinasi tikam pesakit lain

Seorang pesakit Covid-19 didakwa berhalusinasi dan menikam pesakit Covid-19 yang lain dalam kejadian di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini pada 10 Jun lalu.
Seorang pesakit Covid-19 didakwa berhalusinasi dan menikam pesakit Covid-19 yang lain dalam kejadian di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini pada 10 Jun lalu.
A
A
A

KLANG - Polis membuat siasatan lanjut termasuk keadaan mental seorang pesakit Covid-19 yang didakwa menikam pesakit Covid-19 yang lain selepas dikatakan berhalusinasi dalam kejadian di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini pada 10 Jun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek mendakwa dia mengalami halusinasi.

"Polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti kesihatan mental suspek.

"Suspek direman enam hari bermula Sabtu untuk siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan buat masa ini ditempatkan di Hospital Sungai Buloh dengan kawalan polis. Mangsa yang masih dirawat di HTAR pula telah dilaporkan stabil," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Nik Ezanee berkata, sebelum itu satu kes kekasaran berlaku pada 9 Jun membabitkan waris kepada pesakit Covid-19 yang meninggal dunia di hospital sama.

"Ia dipercayai berlaku selepas waris terbabit tidak berpuas hati lalu cuba menampar seorang doktor dan terkena sedikit di bahagian telinga. Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan," kata beliau.

Artikel Berkaitan: