Wanita hamil di Perak penerima vaksin ketiga juta

Nur Amalina merupakan individu ketiga juta menerima vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan pada Sabtu.
Nur Amalina merupakan individu ketiga juta menerima vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang wanita hamil merupakan individu ketiga juta menerima vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan pada Sabtu, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Jawatankuasa itu menerusi Twitter rasminya memaklumkan Nur Amalina Baharuddin selamat menerima vaksin Pfizer di Dewan Serbaguna Gerik, Hulu Perak, Perak.

Sementara itu, Nur Amalina dalam video yang dimuat naik oleh JKJAV berkata, beliau bersyukur dan teruja menjadi antara penerima vaksin.

“Saya rasa syukur dapat vaksin...dari Subuh (saya) semak MySejahtera...Alhamdulillah,” katanya.

Beliau juga menasihati individu yang belum mendaftar untuk suntikan vaksin supaya berbuat demikian dan bagi mereka yang telah mendapat tarikh janji temu, perlu mengambilnya. - Bernama

Artikel Berkaitan: