Euro 2020: Belgium mudah atasi Rusia

Belgium tampil langkah kanan aksi di St Petersburg.
Belgium tampil langkah kanan aksi di St Petersburg.
A
A
A

PASUKAN pilihan, Belgium memulakan kempen Euro 2020 dengan langkah kanan apabila tidak berdepan masalah menewaskan Rusia 3-0 pada aksi Kumpulan B di St Petersburg.

Dua jaringan Romelu Lukaku pada minit 10', 88' dan Thomas Meunier 34' sudah cukup membolehkan anak buah Roberto Martinez membawa pulang tiga mata berharga.

Pada perlawanan tersebut The Red Devils jelas memanfaatkan peluang masalah kecederaan yang dihadapi dua pemain Rusia, Daler Kuzyaev dan Yuri Zhirkov.

Pada perlawanan itu juga, Lukaku mencipta sejarah tersendiri apabila muncul pendahulu penjaring sepanjang zaman Belgium di saingan berprestij negara Eropah tersebut selepas Ceulemans dan Radja Nainggolan.

Lukaku telah menjaringkan 62 gol dalam 94 penampilan untuk Belgium, dan 20 gol dalam 15 perlawanan kompetetif terakhirnya.

Artikel Berkaitan: