'Jangan sampai Rusia guna peledak nuklear'

DMITRY MEDVEDEV. - Agensi
DMITRY MEDVEDEV. - Agensi
A
A
A

MOSCOW - Bekas Presiden Rusia, Dmitry Medvedev mengulangi amarannya bahawa Kremlin terpaksa menggunakan senjata nuklear jika

Medved yang berkhidmat antara 2008 dan 2012 ketika ini menggalas jawatan timbalan pengerusi Majlis Keselamatan Rusia.

Pada Disember dan awal tahun ini, beliau mengulangi amarannya kepada Barat dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bahawa kekalahan Rusia di Ukraine boleh mencetuskan perang nuklear.

Rusia dan Amerika Syarikat (AS) setakat ini adalah kuasa nuklear terbesar, memegang kira-kira 90 peratus daripada senjata nuklear dunia.

"Bayangkan sekiranya serangan balas Ukraine yang disokong Barat dan NATO berjaya merbek wilayah kita, maka kita terpaksa menggunakan senjata nuklear mengikut dekri daripada Presiden Rusia (Vladimir Putin).

"Tiada pilihan lain. Jadi musuh kita harus berdoa untuk kejayaan tentera kita bagi memastikan 'kebakaran nuklear global' tidak dinyalakan," ujarnya. - Agensi