Lelaki positif dadah selepas makan roti
KEPADA mereka yang ingin menghadiri temu duga kerja, pastikan anda mengelak beberapa makanan yang mungkin akan menyebabkan permohonan anda ditolak.
Menurut laporan Plymouth Live, lelaki yang tidak dinamakan itu menafikan mengambil sebarang dadah atau ubat sebelum hadiri temu duga tersebut.
Menurut adik lelaki berkenaan, abangnya itu hanya memakan beberapa keping roti yang diletakkan biji kaskas dan ini dilaporkan telah memberi keputusan palsu pada ujian saringan dadah.
Dalam laporan MedicalNewsToday, biji kaskas itu sendiri tidak mengandungi dadah opium namun ia boleh terserap ke dalam biji berkenaan semasa ia diproses.
Menurut laporan itu lagi, ini bukan kali pertama insiden seperti itu berlaku.
Pada tahun 2018, seorang doktor membuat laporan polis terhadap seorang wanita yang baru sahaja bersalin selepas sampel darah yang diambil menunjukkan keputusan positif dadah.
Siasatan yang dijalankan mendapati wanita berkenaan telah makan roti yang diletakkan biji kaskas sebelum bersalin. - Awani
Meninggal dunia ketika imamkan solat Subuh
86 penerbangan dibatalkan gara-gara kru kabin ambil cuti sakit beramai-ramai
Arab Saudi umum penalti RM12,641 jika langgar peraturan musim haji
Buka lintasan sempadan, hanya helah baharu rejim Zionis?
Polis siasat, kenal pasti siapa Muhammad Imran Suresh - KPN
AstraZeneca tarik balik vaksin Covid-19 di seluruh dunia
Faisal Halim semakin stabil
Tugas ketua jabatan kenal pasti pemalas