Pekerja kilang ditahan disyaki positif dadah

Lelaki disyaki positif dadah jenis THC di Jalan Besar Pekan Ulu Choh, di sini Rabu lalu.
Lelaki disyaki positif dadah jenis THC di Jalan Besar Pekan Ulu Choh, di sini Rabu lalu.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI – Polis menahan seorang lelaki disyaki positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC) di Jalan Besar Pekan Ulu Choh, di sini Rabu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, suspek berusia 26 tahun itu ditahan sekitar jam 6 petang, oleh anggota Cawangan Pencegah Jenayah (Task Force) Balai Polis Ulu Choh.

“Siasatan awal mendapati suspek bekerja sebagai buruh (operator) di kilang memproses minyak tar di kawasan Ulu Choh.

“Suspek juga didapati mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan juga jenayah (kes gaduh di sekolah).

“Suspek kini di tahan di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Iskandar Puteri untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.