X

Kindly register in order to view this article
!

Lagi kawasan wabak anjing gila dikesan

Dua kes anjing positif rabies di kawasan berkenaan dikesan baru-baru ini. Gambar hiasan.
A
A

KUCHING - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak pada Jumaat mengisytiharkan kawasan Lawas Bazaar, Lawas di Limbang sebagai kawasan baharu wabak anjing gila atau rabies.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi JPBN Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pengisytiharan itu susulan dua kes anjing positif rabies di kawasan berkenaan baru-baru ini.

“Memandangkan kawasan ini berada di luar 10km radius dari kawasan yang telah diisytiharkan, maka kawasan ini merupakan kawasan baru wabak rabies yang ke-71,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Uggah berkata setakat ini sebanyak 71 kawasan telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak rabies iaitu Kuching (7), Samarahan (4), Serian (22), Sri Aman (6), Betong (3), Sarikei (5), Sibu (3), Kapit (1), Mukah (6), Bintulu (5), Miri (7) dan Limbang (2).

Sementara itu, Uggah berkata, pemilik anjing diingatkan supaya memastikan anjing mereka diberi suntikan vaksin anti-rabies setiap tahun.

Suntikan vaksin rabies boleh didapati di Pejabat Veterinar Bahagian atau klinik haiwan swasta.

“Kegagalan berbuat demikian boleh disabit kesalahan di bawah Seksyen 40, Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!