X

Kindly register in order to view this article
!

Pasaran getah ditutup rendah petang ini

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

PASARAN getah Malaysia ditutup rendah hari ini, diheret turun oleh kerugian yang dialami pasaran niaga hadapan getah serantau serta harga minyak mentah di tengah-tengah pengukuhan berterusan nilai ringgit berbanding dolar AS.

“Namun begitu, kerugian seterusnya berjaya dikekang oleh pergerakan rancak pasaran ekuiti global dan prospek ekonomi yang semakin cerah,” kata peniaga itu.

Beliau menambah, ia juga seiring dengan data daripada Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) yang mendedahkan bahawa Kumpulan G-20 mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan kembali ke tahap sebelum pandemik pada suku pertama 2021 pada 0.8 peratus, dengan pertumbuhan KDNK tahun ke tahun 3.4 peratus.

Pada pukul 12 tengah hari, harga Lembaga Getah Malaysia (MRB) untuk SMR 20 turun satu sen kepada 661.5 sen sekilogram sementara lateks pukal merosot lima sen kepada 568.0 sen sekg.

Harga rujukan untuk SMR 20 ialah pada 659.5 sen per kg pada jam 5 petang, sementara lateks pukal pada 565.0 sen sekg. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!