Pasaran getah ditutup tinggi

Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh kenaikan harga minyak mentah penanda aras. - Gambar hiasan
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh kenaikan harga minyak mentah penanda aras. - Gambar hiasan
A
A
A

PASARAN getah Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh kenaikan harga minyak mentah penanda aras, kata seorang peniaga.

Ketika berita ini ditulis, penanda aras minyak mentah Brent meningkat sebanyak 0.95 peratus kepada AS$84.31 setong.

Beliau memberitahu Bernama bahawa harga minyak melonjak walaupun berada di bawah tekanan daripada dolar AS yang lebih kukuh kerana pedagang menunggu maklumat lanjut mengenai dasar monetari Amerika Syarikat (AS) daripada pengerusi Rizab Persekutuan (Fed).

"Dilaporkan bahawa aktiviti ekonomi AS meningkat bulan lepas apabila pengeluaran dan penggunaan peribadi bertambah baik, menurut Federal Reserve Bank of Chicago.

"Indeks Aktiviti Nasional bank itu juga menambah kepada 0.12 pada Julai, peningkatan daripada -0.33 dicatatkan pada bulan Jun," katanya.

Peniaga itu berkata, keuntungan selanjutnya dihadkan oleh kebimbangan pedagang mengenai ekonomi China yang perlahan dan kemungkinan berlaku kenaikan kadar faedah AS.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi SMR 20 meningkat tujuh sen kepada 612.0 sen sekilogram, manakala lateks pukal naik 1,5 sen kepada 465.0 sen sekilogram.

Pada JAM 5 petang, harga rujukan LGM untuk getah fizikal SMR 20 berada pada 606.50 sen sekilogram, manakala lateks pada 462.0 sen sekilogram. - Bernama