SPM 2020: 9,411 calon peroleh semua A

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Seramai 9,411 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 memperoleh keputusan cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 8,876 calon pada tahun lalu.

"Bilangan calon yang mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau gred C dalam semua mata pelajaran juga menunjukkan peningkatan iaitu seramai 77,731 calon berbanding 77,038 pada tahun 2019.

"Seramai 144,447 calon pula mendapat sekurang-kurangnya lulus semua mata pelajaran, turun sedikit berbanding 147,738 calon pada tahun sebelumnya,” katanya pada Sidang Media Khas SPM 2020 secara maya pada Khamis.

Mohd Radzi berkata, sebanyak 43 mata pelajaran mencatatkan peningkatan prestasi, 39 mata pelajaran mencatatkan penurunan dan satu mata pelajaran kekal daripada keseluruhan 83 mata pelajaran yang ditawarkan dalam SPM 2020.

Secara keseluruhan, katanya, seramai 338,659 daripada keseluruhan 401,105 calon layak menerima sijil SPM 2020.

ARTIKEL BERKAITAN Keputusan SPM 2020 rekod GPN terbaik dalam tempoh 5 tahun

Artikel Berkaitan: