X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 27 November 2021

Langkah proaktif tangani keresahan rakyat

A
A

SHAH ALAM - Tindakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berjumpa dengan ketua-ketua parti politik negara dilihat sebagai langkah proaktif Seri Paduka Baginda bagi meredakan kegusaran rakyat terhadap situasi Covid-19.

Pengerusi Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Peace), Mohd Jamizal Zainol berkata, beliau berpandangan pertemuan itu dilakukan bagi membolehkan Seri Paduka Baginda mendapatkan pandangan serta keadaan terkini khususnya kelewatan pemberian vaksin Covid-19 kepada rakyat.

“Jadi, Yang di-Pertuan Agong memanggil ketua-ketua parti untuk mengumpulkan pandangan daripada mereka mengenai apakah strategi serta sasaran baharu yang boleh ditetapkan bagi memastikan rakyat mendapat vaksin dengan lebih cepat.

“Memandangkan Parlimen tidak bersidang, Seri Paduka Baginda mempunyai kuasa membuat sebarang undang-undang melalui ordinan bagi memastikan sasaran pemberian vaksin Covid-19 itu tercapai,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada 16 Jun ini

Agong terima menghadap PM untuk mesyuarat Pra-Kabinet

Anwar kemuka usul tamat darurat kepada Agong, tiada usul tukar kerajaan

Jamizal berkata, siri pertemuan itu juga bagi membolehkan Seri Paduka Baginda mendapatkan pandangan mengenai keperluan sama ada meneruskan atau menamatkan darurat sebelum perbincangan khas bersama Raja-Raja Melayu pada 16 Jun ini.

“Antara perbincangan yang saya rasa berlaku pada 16 Jun ini juga ialah sama ada keperluan untuk meneruskan darurat yang akan berakhir pada 1 Ogos depan ataupun tidak.

“Jadi, untuk menentukan darurat ini perlu diteruskan atau tidak, maka ada keperluan untuk Seri Paduka Baginda mendengar daripada ketua parti,” ujarnya.

Yang di-Pertuan Agong
Yang di-Pertuan Agong

Dalam pada itu, Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Politik dan Pentadbiran Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub bersetuju dengan pandangan Jamizal.

Beliau berkata, Seri Paduka Baginda kini menumpukan gandingan bersama kerajaan bagi menangani isu Covid-19 dan menjaga kebajikan rakyat.

Katanya, dakwaan sesetengah pihak bahawa pertemuan tersebut berkaitan dengan pertukaran kerajaan adalah tidak bertanggungjawab, sebaliknya hanya mahu mengambil kesempatan terhadap perkembangan situasi semasa penularan Covid-19 serta politik negara.

“Saya berharap agar pihak Istana Negara segera mengeluarkan kenyataan rasmi menerangkan tujuan sebenar pertemuan tersebut diadakan,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!