X

Kindly register in order to view this article
!

Anwar kemuka usul tamat darurat kepada Agong, tiada usul tukar kerajaan

Anwar (kanan) ditemubual pemberita sejurus keluar dari pintu Istana Negara pada jam 11.54 pagi.
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau mengemukakan rayuan penamatan Proklamasi Darurat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau berkata, usul berkenaan antara perkara yang dibawakan ketika lebih satu jam sembah menghadap Al Sultan Abdullah di Istana Negara pada Rabu.

"Pandangan kita bahawa pengurusan darurat ini akan menyebabkan kerugian kepada negara, tidak akan membantu menangani masalah Covid-19 dan akan menjejaskan ekonomi terutama kepada rakyat peringkat bawahan.

"Saya tengok semua langkah yang boleh dilakukan tidak memerlukan darurat. Jadi kita merayu kepada Tuanku supaya sedaya upaya menghalang penerusan (darurat) ini," katanya kepada pemberita sejurus keluar dari pintu Istana Negara pada jam 11.55 pagi pada Rabu.

Ditanya adakah beliau turut membawa sebarang usul bagi menukar kerajaan, beliau bagaimanapun berkata, ia tidak berlaku.

"Itu (tukar kerajaan) adalah soal yang tidak berbangkit sekarang," katanya.

Beliau menjelaskan, Seri Paduka Baginda begitu berlapang dada mendengar setiap penjelasan yang beliau bawa bersama beberapa laporan kajian.

Katanya, masyarakat harus tahu bahawa Al Sultan Abdullah begitu arif mengenai perkembangan semasa yang turut diperoleh daripada pandangan pakar lain.

"(Persidangan) Parlimen seperti yang kita tahu beberapa bulan lalu, Tuanku telah pun mengeluarkan pandangan kenyataan untuk meminta supaya Parlimen diadakan dengan syarat kerajaan bersetuju. Itu pun tidak dilakukan.

"Saya jelaskan perkara ini kerana ada persepsi yang berbeza seolah-olah Parlimen tidak dilakukan.

"Bagi turut berkenan berbincang mengenai pengurusan dalam negara, keyakinan rakyat, keyakinan pelabur dalam dan luar negara yang meminta supaya berlaku perubahan yang baik," katanya.

Dua lagi pemimpin pembangkang dari Parti Amanah Rakyat (Amanah) dan DAP dijangka turut menghadap Al-Sultan Abdullah petang ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar tiba di Istana Negara menghadap Agong


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!