41 gelandangan dipindahkan ke PKRC

Saarani melihat pelan lokasi di PKTK Politeknik Sultan Azlan Shah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini sehingga 22 Jun 2021. - Foto Bernama
Saarani melihat pelan lokasi di PKTK Politeknik Sultan Azlan Shah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini sehingga 22 Jun 2021. - Foto Bernama
A
A
A

TANJUNG MALIM - [DIKEMASKINI] Seramai 41 gelandangan dipindahkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) susulan salah seorang dalam kalangan mereka disahkan positif virus itu.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, sebelum ini mereka ditempatkan di Pusat Penempatan Gelandangan (PPG) di Dewan Persatuan Bulan Sabit Malaysia Negeri Perak di Ipoh.

Menurutnya, seorang gelandangan yang positif Covid-19 itu dihantar ke Hospital Raja Permasuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut

"Semua gelandangan ada 42 dan 41 daripadanya dikategorikan sebagai kontak rapat dihantar ke PKRC Hulu Kinta pada 7 Jun lalu.

"Kerja-kerja sanitasi di pusat gelandangan tersebut telah dijalankan," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan PKPD Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) di sini pada Rabu.

Dalam perkembangan lain, Saarani yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak menyatakan rasa gembira atas pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai Setiausaha Agung BN yang baharu.

Beliau menyifatkan lantikan tersebut sebagai tepat berdasarkan pengalaman Zambry sebagai bekas Pengerusi BN Perak dan bekas Menteri Besar Perak.

Menurutnya, Zambry diyakini mampu menjalankan tugas tersebut dengan baik berdasarkan kemampuan menerajui Perak sebelum ini.

Artikel Berkaitan: