RON97 naik dua sen, RON95, diesel kekal

Harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter daripada RM2.63 kepada RM2.65 seliter manakala RON95 dan diesel, masing-masing kekal RM2.05 serta RM2.15 seliter bagi tempoh esok hingga 16 Jun ini.
Harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter daripada RM2.63 kepada RM2.65 seliter manakala RON95 dan diesel, masing-masing kekal RM2.05 serta RM2.15 seliter bagi tempoh esok hingga 16 Jun ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter daripada RM2.63 kepada RM2.65 seliter manakala RON95 dan diesel, masing-masing kekal RM2.05 serta RM2.15 seliter bagi tempoh esok hingga 16 Jun ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter,” menurut kenyataan itu.

Menurut kementerian itu harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu. -Bernama

Artikel Berkaitan: