Mahrez tak minat sertai Arsenal

Riyad Mahrez
Riyad Mahrez
A
A
A

PEMAIN sayap Manchester City, Riyad Mahrez menolak spekulasi bahawa dia akan berpindah ke Arsenal pada jendela perpindahan akan datang.

Menurutnya, dia masih mashu terus beraksi bersama City selain gembira di kelab tersebut dengan banyak kejuaraan dapat digapai bersama The Citizens.

"Tidak ada apa-apa mengenai masa depan saya. Saya gembira berada di City dan saya akan terus kekal di kelab ini musim depan.

"Mungkin ada khabar angin mengatakan saya akan berpindah, tetapi ia hanya spekulasi yang tidak menggugat saya di City," katanya.

Mahrez dikatakan menjadi sasaran pengendali Arsenal, Mikel Arteta yang mahu merombak pasukannya itu selepas hanya mengakhiri saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di kedudukan kelapan liga musim lalu.

Arteta juga pernah berkerjasama dengan Mahrez ketika dia menjadi pembantu jurulatih kepada Pep Guardiola di Etihad.

Malah, Mahrez juga sudah lama diintai oleh Arsenal dengan pemain kelahiran Algeria itu dirisik oleh The Gunners pada 2016 tetapi tidak dilepaskan oleh Leicester City pada ketika itu.

Kontak pemain berusia 30 tahun itu bersama City juga akan berakhir pada 2023 dan Mahrez pernah menyatakan bahawa dia mahu bersara bersama kelab itu.

Artikel Berkaitan:

"Ramai orang menyatakan bahawa saya akan mengakhiri karier di Marseille, tapi itu bukan sesuatu yang saya fikirkan. Saya ingin mengakhiri karier di England bersama City. Saya tidak melihat diri saya di Marseille," kata Mahrez sebelum perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada 30 Mei lalu.