Bekas pemimpin UMNO dipecat tak minat sertai PAU

Tun Faisal
Tun Faisal
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz menegaskan tidak berminat menghadiri Persidangan Agung UMNO (PAU) 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur bermula 7 Jun ini.

Bekas pemimpin UMNO dipecat itu mengakui tidak akan menghadiri sebarang aktiviti parti selagi ia diterajui Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Selagi presidennya (Ahmad) Zahid. Saya tidak berminat untuk hadir,” katanya.

Pada Jumaat, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti itu sedia menjemput bekas ahli yang dipecat, namun hanya perwakilan dibenar memasuki Dewan Merdeka WTC.

Beliau secara berseloroh mempelawa mereka yang dipecat daripada parti itu untuk datang memperbaharui ‘samping’ UMNO.