PKPD: Penduduk Jengka 24 lega terima bantuan makanan

Wan Rosdy( dua,kiri) ketika menyerahkan sumbangan untuk penduduk di Jengka 24 yang turut dihadiri Nazri( kiri) dan Shahaniza (Kanan)
Wan Rosdy( dua,kiri) ketika menyerahkan sumbangan untuk penduduk di Jengka 24 yang turut dihadiri Nazri( kiri) dan Shahaniza (Kanan)
A
A
A

JERANTUT- Seramai 1, 377 penduduk di Felda Jengka 24 di sini, menarik nafas lega dan bersyukur susulan bantuan makanan disalurkan kepada mereka sejak penempatan itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermla 30 Mei lalu hingga 12 Jun ini.

Difahamkan kekurangan kedai runcit di kawasan berkenaan menyebabkan kesukaran kepada penduduk untuk mendapatkan barangan keperluan apatah lagi sejak PKPD dilaksanakan.

Ketua Peneroka, Razak Daud berkata, beberapa siri bantuan terdiri daripada barangan kering dan basah disampaikan setakat ini banyak membantu penduduk yang terjejas.

"Setakat ini barangan disumbangkan mencukupi namun bantuan susulan daripada kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) adalah dialu-alukan," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Razak memberitahu, beberapa sumbangan diagihkan itu antaranya daripada kerajaan negeri yang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada Jumaat lalu di felda tersebut.

Hadir sama, Exco Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Keusahawan dan Hal Ehwal Pengguna Pahang, Datuk Nazri Ngah; Exco Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Seri Shahniza Shamsuddin dan Pegawai Daerah Jerantut, Khairun Nissa Aris.

"Peneroka gembira dan sangat bersyukur hingga ada yang menitiskan air mata dengan sumbangan tersebut yang membuktikan keprihatinan kerajaan negeri terhadap penduduk yang terjejas akibat pandemik Covid-19," katanya lagi.

Dalam pada itu, selain kerajaan negeri, pihak pengurusan Felda tidak ketinggalan memberikan bantuan barangan basah seperti ayam dan sayur-sayuran.

Artikel Berkaitan: