X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

KPDNHEP tahan lelaki cuba seludup 9,350kg minyak masak

KPDNHEP Kelantan merampas 9,350kg minyak masak paket yang cuba diseludup ke Thailand selepas menahan seorang lelaki di Lorong Rogayah, Pasir Mas, pada Sabtu.
A
A

PASIR MAS - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan merampas 9,350 kilogram (kg) minyak masak paket yang cuba diseludup ke Thailand selepas menahan seorang lelaki di Lorong Rogayah, di sini, pada Sabtu.

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, penahanan lelaki berusia 50-an itu membawa kepada rampasan minyak masak paket bersubsidi tersebut berjumlah RM23,375.

"Kita tahan lelaki itu pada jam 9 pagi dalam satu serbuan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor di sebuah stor," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, pemeriksaan di dalam stor berkenaan membawa kepada penemuan kotak minyak masak seberat 9,350kg.

"Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. KPDNHEP Kelantan sedang mengesan bagaimana suspek memperoleh bekalan," katanya.

Sementara itu, Azanizam Affendi mendedahkan modus operandi yang digunakan penyeludup bagi mengaburi mata anggota penguat kuasa adalah dengan menjadikan stor di sempadan sebagai transit sementara.

Katanya, selepas itu barangan-barang tersebut akan diseludup ke negara jiran melalui Sungai Golok.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!