Fokus kemenjadian, asah skil pelajar

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Sejajar dengan perkembangan sistem pendidikan negara, bahagian pendidikan Sinar Harian, GPSBestari turut berubah demi memastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam pandemik Covid-19 terutama bagi menghadapi era lebih mencabar.

GPSBestari kini mengorak selangkah ke hadapan dengan memperkenalkan sisipan berwajah baharu yang bukan sahaja melibatkan guru, pelajar, sekolah tetapi juga merangkumi penglibatan ibu bapa dan pihak swasta sebagai pelengkap sebuah komuniti pendidikan.

Dalam keadaan sekarang, kesihatan dan pendidikan antara perkara penting yang menjadi agenda utama bukan sahaja negara kita malah di seluruh dunia.

GPSBestari mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan sisipan berwajah baharu disiarkan setiap hari Isnin bermula esok.

Editor Eksekutif GPSBestari, Meen Tahrin berkata, isi kandungan yang dipaparkan adalah lebih relevan diguna pakai iaitu mengutamakan aspek kemenjadian murid dan pengasahan skil.

Di GPSBestari, katanya, mereka menerapkan kemenjadian pelajar iaitu memupuk nilai moral tinggi serta berkemahiran sebagai pakej tambahan untuk merangsang pelajar menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara.

“Kami juga yakin sistem pendidikan negara jika turut dibantu oleh semua pihak pastinya akan dapat melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dan terbilang dalam akademik tetapi juga melengkapkan dan mempersiapkan diri mereka dalam bidang pekerjaan.

“Teknologi memainkan peranan utama. Justeru, kemahiran dalam penggunaan teknologi akan dititiberatkan dan perlu berkembang mengikut arus semasa untuk kekal relevan,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Belia berkata, guru, pelajar dan ibu bapa boleh melayari laman portal pendidikan gpsbestari.com untuk berita dan cerita dunia pendidikan yang terkini. Tambahnya lagi, pada masa kini dan akan datang, selain akademik, kemahiran dan persiapan diri untuk menghadapi dunia luar sangat penting.

“Jika tidak kuat dari segi mental dan fizikal, agak sukar untuk berjaya ditambah dengan persaingan yang semakin mencabar,” katanya.

Jangan lupa dapatkan sisipan GPSBestari pada setiap hari Isnin bermula esok untuk menyokong pendidikan dan perkembangan anak-anak kita.