Sila log masuk terlebih dahulu.

Jurujual ditahan kerana ciapan MySejahtera, program vaksinasi

Jurujual peralatan komputer ditahan kerana disyaki memuat naik kenyataan berkenaan aplikasi MySejahtera dan program vaksinasi yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat.
Jurujual peralatan komputer ditahan kerana disyaki memuat naik kenyataan berkenaan aplikasi MySejahtera dan program vaksinasi yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang jurujual peralatan komputer tengah malam tadi selepas disyaki memuat naik kenyataan berkenaan aplikasi MySejahtera dan program vaksinasi di laman Twitternya yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di Kota Damansara, Petaling Jaya oleh sepasukan polis daripada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5) JSJ Bukit Aman kira-kira 12.05 tengah malam.

Menurutnya, lelaki itu ditahan hasil maklumat yang diterima daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

"Sebuah telefon bimbit, router (penghala) dan modem yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes ini dirampas dan lelaki itu direman satu hari (5 Jun) untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No 2) 2021.

Orang ramai dinasihatkan agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: