'Total lockdown': 121 kompaun dikeluarkan di PJ

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PETALING JAYA - Polis Petaling Jaya mengeluarkan 121 kompaun membabitkan RM319,000 atas pelbagai kesalahan ketika penguatkuasaan sekatan pergerakan penuh fasa pertama bagi tempoh empat hari, sejak Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, kesalahan tidak menggunakan pelitup muka merekodkan kesalahan tertinggi dengan 28 kes.

Menurutnya, kesalahan lain yang dikesan ialah tiada penjarakan fizikal (27), rentas daerah (19), tidak mengimbas kod QR (17), beroperasi melebihi kapasiti 60 peratus (13).

Mohd Fakhrudin
Mohd Fakhrudin

"Lain-lain kesalahan ialah ingkar larangan beroperasi membabitkan empat kompaun dan dua pergerakan melebihi 10 kilometer," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Petaling Jaya pada Sabtu.

Beliau berkata, bagi daerah Petaling Jaya, enam sekatan jalan raya statik dilaksanakan selain 10 sekatan jalan raya bergerak setiap hari.

Katanya, IPD Petaling Jaya turut mempunyai 14 pasukan pemantau dengan kerjasama pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Unit Dron Pasukan Gerakan Udara, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

"Kita dapati masih ada segelintir yang masih degil tidak patuh prosedur operasi standard (SOP). Kita akan terus kuatkuasakan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.

Artikel Berkaitan: