X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

Dua individu maki polis diberkas

A
A

PETALING JAYA -Dua individu diberkas di kawasan Pelangi Damansara, di sini pada Khamis kerana berkelakuan biadab dengan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis.

Dua individu tersebut pada mulanya dilihat dalam keadaan mencurigakan di lokasi berkenaan sebelum ditahan polis untuk diperiksa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kedua-duanya ditahan dalam Operasi Covid-19 kira-kira jam 11.35 malam.

"Kedua-dua suspek dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol dan enggan memberi kerjasama ketika ditahan.

"Mereka telah membuat bising di lokasi dengan mengatakan polis telah berbuat aniaya, namun tidak diendahkan penduduk sekitar," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, kedua-dua suspek turut membuat provokasi dengan mengeluarkan kata-kata kesat serta mempertikaikan tugas polis.

"Mereka direman dua hari dan disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan

"Selain itu, kedua-dua suspek turut dikenakan kompaun di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!