Muat naik status jelik di FB, jurukimpal didenda

Mohd Abdul Hakim didenda RM2,000 atau penjara sebulan selepas mengaku salah membangkitkan pecah keamanan kepada anggota trafik melalui status dimuat naik di Facebook.
Mohd Abdul Hakim didenda RM2,000 atau penjara sebulan selepas mengaku salah membangkitkan pecah keamanan kepada anggota trafik melalui status dimuat naik di Facebook.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Padah memuat naik status jelik ditujukan kepada anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) di Facebook, seorang jurukimpal dijatuhi hukuman denda RM2,000 di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

Hukuman itu dijatuhkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/ Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff terhadap Mohd Abdul Hakim Mohd Nor, 34, yang mengaku salah pertuduhan kes yang dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan L Rathna.

Dia turut diarahkan menjalani hukuman penjara satu bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Mohd Abdul Hakim didapati sengaja membangkitkan pecah keamanan kepada anggota BSPT, Mohd Azri Kamarzaman, 31, di pejabat penguatkuasa cawangan BSPT Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira jam 6 petang pada 15 Julai 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan: