Tiga kanak-kanak maut, 27 di ICU

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

PUTRAJAYA - Tiga kanak-kanak maut akibat Covid-19 sepanjang lima bulan pertama tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagi tempoh sama, seramai 27 kanak-kanak diletakkan di wad unit rawatan rapi (ICU).

"Seramai 19 daripadanya berusia bawah lima tahun," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, statistik itu menunjukkan peningkatan ketara apabila hanya tiga kematian kanak-kanak sepanjang tahun lalu.

"Pada tahun 2020 juga, jumlah keseluruhan pediatrik yang menerima rawatan di ICU adalah sebanyak lapan kes di mana enam daripadanya berumur bawah lima tahun," katanya.

Beliau berkata, dengan segala maklumat yang diberikan, KKM berharap agar semua pihak terutamanya ibu bapa dan penjaga dapat memainkan peranan penting bagi melindungi mereka yang mempunyai imuniti rendah seperti bayi dan kanak-kanak.

"Binalah persekitaran yang selamat kepada mereka dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard sedia ada dan segeralah dapatkan vaksin bagi golongan dewasa yang layak," katanya.

Artikel Berkaitan: